Copy dan paste dalam words..kemudian print dan laminate.. kalau printer berwarna lagi cantik..Last kali jangan hanya simpan ..suruh anak-anak hafal dan jadi bijak sifir..
Rabu, 14 Februari 2018
Selasa, 13 Februari 2018
10 Tips Pengurusan Masa Dengan Baik Oleh Azizan Osman
Assalamualaikum,
Saya terbaca artikel ini semalam dan hati saya tergerak untuk berkongsi dengan anda entri ini .10 tips pengurusan masa dengan baik..Setiap orang terutamanya wanita perlu mengejar masa untuk melakukan rutin harian yang pelbagai jadi tidak salah share maklumat yng berguna kepada semua...
1. Rancang jadual harian
Rancang jadual aktiviti harian adalah
penting kerana kehidupan kita menuntut kita meluangkan masa untuk bersama diri
sendiri, keluarga dan juga untuk Allah Swt. Pengurusan masa adalah pengurusan
kehidupan harian kita. Berjaya mengurus masa bermakna kita berjaya menguruskan
hidup kita.
Anda boleh mulakan hari anda dengan
melakukan kerja-kerja yang paling penting di awal pagi. Anda juga boleh rancang
jadual anda pada hari atau minggu sebelumnya.
2. Tetapkan had masa untuk setiap
tugas
Jangan lakukan sesuatu tugas lain sebelum
menyelesaikan tugas yang kita sedang lakukan. Sentiasa periksa jadual sebelum
memulakan tugas yang baru. Sentiasa tanya diri sendiri, bilakah tugas yang
sedang dilakukan itu boleh selesai? Bilakah ianya perlu diselesaikan.
Adalah lebih bagus untuk menyiapkan tugasan lebih awal supaya anda ada lebih
masa untuk memeriksa tugasan anda. Ini akan memastikan tugas yang sedang
dibuat akan mencapai matlamat yang berkualiti. Ini juga akan membantu kita
untuk lebih fokus dalam menyiapkan tugasan yang kita perlu lakukan.
3. Tahu deadline anda
Bukan mudah bagi kita untuk merancang kerja
yang perlu dilakukan. Set tarikh akhir (deadline) untuk menyelesaikan kerja
kerana ini akan mengurangkan rasa risau kerana merasa tidak mencukupi
masa. Melakukan tugasan tanpa tahu tarikh akhirnya seperti anda tidak
tahu arah tuju atau kesudahan tugasan tersebut. Ini menyebabkan anda akan
mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.
4. Belajar untuk berkata “TIDAK”
Daripada semua tips penggunaan masa dengan
baik, barangkali yang paling efektif ialah selalu menggunakan perkataan tidak.
Belajarlah menolak dengan menggunakan kebijaksanaan tetapi tegas terhadap
setiap permintaan yang tidak menunjang pencapaian sasaran anda.
Kadang-kadang, bila kita berani mengatakan tidak kepada ajakkan kawan-kawan,
atau kepada perkara-perkara yang tidak memberikan kesan besar kepada kita, kita
boleh gunakan masa tersebut untuk perkara yang lebih memberikan kebaikan kepada
kita.
5. Teknik 15 minit lebih awal
Dalam zaman sekarang, sangat mudah untuk
kita mengawal masa. Kita boleh gunakan telefon bimbit sebagai penjaga
masa kita. Dalam telefon bimbit, kita boleh setkan ‘reminder’ untuk
memberi peringatan kepada kita tentang jadual dan waktu yang tepat. Ada
orang menggunakan kaedah menetapkan waktu jam 15 minit lebih awal dari waktu
sebenarnya supaya kita lebih berdisiplin dan mengelakkan dari terlambat.
6. Fokus
Kita akan memberi lebih tumpuan dalam
melakukan kerja sekiranya kita fokus kepada sesuatu kerja. Buat sesuatu kerja
dengan memastikan kerja tersebut merupakan perkara yang utama perlu
diselesaikan. Untuk membantu anda fokus, anda boleh kurangkan gangguan di
sekitar anda. Anda boleh ‘silent’ kan telefon bimbit, matikan notifikasi
media sosial anda, jauhkan diri dari televisyen, YouTube dan lain-lain yang
boleh mengalih perhatian anda dari terus fokus.
7. Jejaki masa yang dihabiskan
Lihat kembali pencapaian masa yang telah kita
gunakan dalam sesuatu kerja. Gunakan teknik ini dengan memperkembangkan
lagi fokus dalam matlamat yang perlu kita capai. Ramai antara kita tak
pernah “keep track” berapa banyak masa yang kita gunakan untuk selesaikan
sesuatu perkara. Sebagai contoh, cuba jejaki berapa banyak masa untuk anda
siapkan satu tugasan yang biasa anda lakukan dan cuba lakukannya lebih cepat
keesokkan hari. Anda akan mula perasan anda ada lebihan masa nanti.
8. Tidak kecoh dengan perkara-perkara
tidak penting
Ramai antara kita selalu menyalahgunakan
masa dengan kecoh dengan perkara-perkara yang tak ada kena mengena dengan
kita. Contoh jelas, jika berlaku kemalangan di lebuh raya, ramai pemandu
akan berhenti semata-mata untuk tengok. Ini akan menyebabkan anda lambat
sampai ke lokasi dan juga melambatkan orang lain. Jangan kecoh dan
kepoh dengan perkara-perakara yang tidak membawa kebaikan.
9. Jangan lupa untuk berehat.
Bekerja dalam tempoh yang lama tanpa rehat
bukanlah penggunaan waktu yang efektif. Tenaga makin menurun, kebosanan makin
mempengaruhi serta ketegangan fizikal dan mental makin terkumpul. Oleh itu,
anda memerlukan masa rehat yang secukupnya kerana hanya berehat sahaja
merupakan cara yang paling baik. Tidur sebentar juga boleh membantu kita
menjadi lebih efektif, Rasulullah juga mengamalkannya. Tapi jangan
jadikan ini sebagai alasan untuk lari dari tugasan!
10. Jangan mudah terpedaya
Masa bergerak sangat pantas.
Kadang-kadang tanpa kita sedar, hari dah menjelang petang sedangkan banyak lagi
perkara yang kita tak lakukan. Ramai orang mudah terpedaya dengan masa
dan mula menggunakan masa sebagai alasan. “Releks la, baru pukul 9
pagi.” “Kenapa nak cepat-cepat, ini kan waktu rehat”. Dengan asyik
melengah-lengahkan masa dan membiarkan diri terpedaya dengan masa yang ada,
kita akan kehilangan masa tersebut.
Orang berjaya dalam hidup sangat menghargai
masa. Tujuan mereka kaya dan berjaya ialah supaya mereka ada lebih banyak
masa untuk diluangkan dengan Allah swt, dengan diri sendiri dan keluarga. Anda
bagaimana?
Salam Kejayaan,
Hah macam mana ok tak..mohon halal untuk share maklumat ini..bye
Selasa, 6 Februari 2018
5 Cara Meningkatkan Keyakianan Anak Anda.
Assalamualaikum
Entri kali ini ingin saya berkongi tentang 5 cara untuk meningkatkan keyakinan anak.
1. Berikan Tanggungjawab /Kerja
Memberi anak tanggungjawab atau kerja yang perlu dilakukan setiap hari seperti mengambil
kain yang telah kering, menyapu rumah, mop dan sebagainya ikut umur dan kemampuan masing -
masing.Pada mulanya sebagai seorang ibu kita boleh melatih bagi melaksanakan tugasan dengan
memberi "reward" atau bintang .Bintang yang terkumpul boleh ditukar dengan hadiah..Dengan
cara ini kanak-kanak akan membuat tugasan tanpa disuruh..
2. Setuju Dengan Pendapat Mereka
Walaupun anak-anak masih kecil setuju dengan pendapat atau idea mereka. Ada kalanya idea
mereka lebih bernas dari idea kita yang dewasa.Setuju tak??
3. Pegang Pada Janji
Jangan sekali-kali membuat janji kosong kepada anak-anak. Mereka akan rasa kecewa atau tidak
pun mungkin akan mengikuti jejak langkah kita..
4.Asah Bakat Mereka
Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cari bakat mereka kemudian cuba untuk
meningkatkan lagi kualiti bakat.Jika anak anda pandai melukis hantar ke kelas lukisan untuk
mahirkan lagi bakat mereka.
dan cara terakhir ialah:
5. Terima Mereka Seadanya
Setiap anak memang unik.Jika kita tidak dapat melihat keunikan mereka terima sahaja seadanya.
Anak anugerah Allah kepada kita.tanggungjawab kita sebagai ibubapa harus dilaksanakan dengan
sempurna.
Jumpa lagi ...insyaallah
Entri kali ini ingin saya berkongi tentang 5 cara untuk meningkatkan keyakinan anak.
1. Berikan Tanggungjawab /Kerja
Memberi anak tanggungjawab atau kerja yang perlu dilakukan setiap hari seperti mengambil
kain yang telah kering, menyapu rumah, mop dan sebagainya ikut umur dan kemampuan masing -
masing.Pada mulanya sebagai seorang ibu kita boleh melatih bagi melaksanakan tugasan dengan
memberi "reward" atau bintang .Bintang yang terkumpul boleh ditukar dengan hadiah..Dengan
cara ini kanak-kanak akan membuat tugasan tanpa disuruh..
2. Setuju Dengan Pendapat Mereka
Walaupun anak-anak masih kecil setuju dengan pendapat atau idea mereka. Ada kalanya idea
mereka lebih bernas dari idea kita yang dewasa.Setuju tak??
3. Pegang Pada Janji
Jangan sekali-kali membuat janji kosong kepada anak-anak. Mereka akan rasa kecewa atau tidak
pun mungkin akan mengikuti jejak langkah kita..
4.Asah Bakat Mereka
Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cari bakat mereka kemudian cuba untuk
meningkatkan lagi kualiti bakat.Jika anak anda pandai melukis hantar ke kelas lukisan untuk
mahirkan lagi bakat mereka.
dan cara terakhir ialah:
5. Terima Mereka Seadanya
Setiap anak memang unik.Jika kita tidak dapat melihat keunikan mereka terima sahaja seadanya.
Anak anugerah Allah kepada kita.tanggungjawab kita sebagai ibubapa harus dilaksanakan dengan
sempurna.
Jumpa lagi ...insyaallah
Jumaat, 5 Januari 2018
COKLAT DHA- COKLAT PILIHAN IBU
COKLAT DHA
Assalamualaikum..
Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang DHA yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
Assalamualaikum..
Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang DHA yang penting untuk perkembangan kanak-kanak.
DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
Pada usia awal, kanak-kanak memerlukan pelbagai jenis sumber makanan antaranya karbohidrat, lemak, protein, fiber, mineral dan vitamin. DHA adalah salah satu lemak baik yang terdapat di seluruh badan. Ia adalah lemak struktur yang disalurkan terus kepada tisu dalam otak bagi memastikan ia berfungsi dengan baik.
Antara kebaikan DHA kepada kanak-kanak adalah:
1. Meningkatkan daya fokus
2. Perkembangan otak yang baik
3. Menajamkan penglihatan
4. Meningkatkan sistem imun
Sebagai seorang ibu, saya akan pastikan anak-anak saya dapat yang terbaik meskipun melalui coklat yang mereka makan..
DHA sangat membantu untuk anak-anak fokus semasa belajar dan meningkatkan kecekapan penglihatan dan otak. Pelaburan yang minima untuk hasil yang superb di masa akan datang. Anak pintar dan bijak, masa depan lebih cerah!
Sila hubungi saya untuk mendapatkan coklat DHA yang lazat ini..
Whatsapp/ sms :014-7577174
Jumaat, 20 Oktober 2017
PROJEK D.I.Y
Assalamualaikum...Hari ini kita cuba buat 1 lagi projek d.i.y yang membuatkan kita unik..ye lah sebab benda yang ada dekat kita tak sama dengan orang lain..unik kan namanya..
Barang-barang yang di perlukan:-
Gam (all purpose)-boleh didapati di Mr D.I.Y
Stiker berbentuk ros-juga boleh didapati di Mr D.I.Y
Klip kertas saiz besar..
Barang-barang yang di perlukan:-
Gam (all purpose)-boleh didapati di Mr D.I.Y
Stiker berbentuk ros-juga boleh didapati di Mr D.I.Y
Klip kertas saiz besar..
Cara membuatnya hanya perlu lekat stiker bentuk bunga dengan mengunakan gam dan biarkan kering selama 30 minit dihujung Klip kertas .
Hah..Ini hasilnya..comel tak? Buat kita unik..
Cuba..jangan tak cuba..
PROJEK D.I.Y
TAJUK: TUMBUH-TUMBUHAN ( SESUAI UNTUK PRASEKOLAH)
ambil satu lagi kad manila dan tulis nama bahagian-bahagian tumbuhan..saya buat dalam 2 versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saiz kotak yang dilukis dan saiz nama bahagian tumbuhan perlu sama.
Pensil- buat lakaran dulu
Pembaris- untuk buat kotak
Pemadam- kut-kut banyak salah lukisan nanti
Kad Manila -2
Gam (all Purpose)-beli kat Mr D.I.Y
Gel pen/ marker pen berwarna warni
Velcro tape- beli dekat kedai 2 ringgit
Velcro tape |
Mari kita mulakan .. Mula-mula lakar gambar pokok .ikut kreativiti masing-masing..kemudian garis bahagian-bahagian tumbuhan dan melukis kotak seperti dalam gambar..lekat tape velco yang dipotong sederhana kecil dengan gam.Biarkan gam kering selama lebih kurang 30 minit.
Setelah siap ..boleh mulakan sessi pembelajaran..
Harap Projek D.I.Y ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam pembelajaran anak -anak ..
Selasa, 31 Januari 2017
Roti Jejari bersalut Coklat
Assalamualikum semua..apa khabar disana? hari ini saya ingin berkongsi resepi kegemaran anak-anak saya iaitu Jejari Roti bersalut coklat.
Resepi yang mengunakan 4 jenis bahan dan sangat mudah disediakan..cubalah..sedap.. psti tidak menyesal ..anak-anak pasti suka..
Ini resepinya..
Bahan-bahan yang diperlukan:-
Roti patta/roti gardenia pun boleh
nestum
coklat masakan
planta
cara membuat:-
1. potong roti berbentuk jejari atau memanjang.
2. sapukan planta pada loyang dan susun roti yang telah siap dipotong diatas loyang.
3. bakar roti selama 5 minit dalam suhu 180'c (dipanas terlebih dahulu)
4. cairkan coklat masakan bersama sedikit planta supaya nampak berkilat secara double boiling.
5. celupkan roti yang telah dibakar kedalam coklat cair satu persatu ..
6. sadur dengan nestum..
dah siap...