Beberapa tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah
Kalau awal berkahwin dulu, senang sahaja kita. Hanya ada suami yang perlu diuruskan. Apabila anak semakin bertambah, banyak benda yang kita perlu urus dan atur. Tambah tambah lagi wanita berkerjaya.Balik kerja dah penatkan. Nak kena memasak lah, mengemas rumah lah dan kena basuh baju lagi. Perlu ke pembantu rumah? Jawapan nya.... TIDAK PERLU... sebab
beberapa tips ini boleh dikongsikan bersama
1. Membasuh , menyidai pakaian dan melipat kain selepas kering pada hari yang sama
Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita. Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiap hari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja. Nak mudah lagi, sidai pakaian dengan penyangkut dan terus sangkut di dalam almari setelah kering.Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)
2. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Gee peruntukkan 1 jam setiap ahad untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga stok untuk seminggu. . Mudah dan menjimat masa
3.Buat jadual kemas rumah
Jadual mingguan ini dibuat untuk kerja-kerja tambahan selain kerja-kerja harian asas seperti memasak,mengemas tempat tidur, sapu rumah dan sebagainya.Contoh kerja-kerja tambahan adalah bersih peti sejuk,cuci tandas dan sebagainya.Apa yang Gee pratiskan adalah isnin-hari bilik tidur selasa hari kitchen dan sebagainya..Gee tetapkan masa 30 minat kerja-kerja tambahan ini setiap hari.
4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.
5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven.
6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasa kita memasak tu, kita cuci pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.
7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Gee latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata.
8. Mengemas rumah sebelum tidur
Gee akan pastikan rumah tersusun kemas sebelum Gee tidur malam tu. Menyapu dan mop apa yang patut. . Gee pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, sebab ahli rumah ni tahu dah nak simpan barang. Esok pagi rumah dah siap tersusun. Ceria untuk mulakan hari baru
9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Gee suka memilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Lagi satu Gee sukakan perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti.
10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.
Mudah kan. . Harap ianya membantu wanita bekerja untuk menguruskan rumah tangga tanpa pembantu rumah....
Bye..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan