Tips Kesihatan Buat Wanita
30-an
Sedetik menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk
lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan
tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini
kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula menimbulkan
kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang
dilakukan.Ketahui tentang realiti tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan
menjangkau umur 30-an.
1. Lakukan
pemeriksaan kesihatan
Inilah masanya untuk anda melakukan
pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan
darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini
kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat
menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai
penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar
ia boleh di jaga dengan lebih awal.
2. Senaman
Tahukah anda bahawa semakin
meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna
risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda
untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan
senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.
3. Amalkan makan
sihat
Apabila metabolisme anda berkurang
ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan
tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada
badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan
segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan
sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.
4. Ambil kalsium
Adakah anda mengambil kalsium yang
cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur
30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang
berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia
boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil
sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan
susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.
5. Jaga kulit
anda
Pada tahap umur 30-an, kulit akan
lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana
pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat.
Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan
buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas.
Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda
setiap hari sebelum tidur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan