Assalamualaikum
Entri kali ini ingin saya berkongi tentang 5 cara untuk meningkatkan keyakinan anak.
1. Berikan Tanggungjawab /Kerja
Memberi anak tanggungjawab atau kerja yang perlu dilakukan setiap hari seperti mengambil
kain yang telah kering, menyapu rumah, mop dan sebagainya ikut umur dan kemampuan masing -
masing.Pada mulanya sebagai seorang ibu kita boleh melatih bagi melaksanakan tugasan dengan
memberi "reward" atau bintang .Bintang yang terkumpul boleh ditukar dengan hadiah..Dengan
cara ini kanak-kanak akan membuat tugasan tanpa disuruh..
2. Setuju Dengan Pendapat Mereka
Walaupun anak-anak masih kecil setuju dengan pendapat atau idea mereka. Ada kalanya idea
mereka lebih bernas dari idea kita yang dewasa.Setuju tak??
3. Pegang Pada Janji
Jangan sekali-kali membuat janji kosong kepada anak-anak. Mereka akan rasa kecewa atau tidak
pun mungkin akan mengikuti jejak langkah kita..
4.Asah Bakat Mereka
Setiap kanak-kanak mempunyai kelebihan yang tersendiri. Cari bakat mereka kemudian cuba untuk
meningkatkan lagi kualiti bakat.Jika anak anda pandai melukis hantar ke kelas lukisan untuk
mahirkan lagi bakat mereka.
dan cara terakhir ialah:
5. Terima Mereka Seadanya
Setiap anak memang unik.Jika kita tidak dapat melihat keunikan mereka terima sahaja seadanya.
Anak anugerah Allah kepada kita.tanggungjawab kita sebagai ibubapa harus dilaksanakan dengan
sempurna.
Jumpa lagi ...insyaallah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan