Jumaat, 15 Julai 2016
Jumaat, 29 April 2016
Sang Kancil dengan Monyet
Assalamualaikum..apa khabar semua..lama juga Gee tak menulis blog. Sibuk sikit je..Ok ini bed story untuk anak-anak sis disana..enjoyla
Sang Kancil dengan Monyet
Pada
suatu pagi, Sang Kancil pergi mencari makanan. Sang Kancil ternampak sebatang
pokok jambu. Sang Kancil terliur hendak makan buah jambu. Di atas pokok jambu
itu, tinggal seekor monyet. Sang Kancil lalu meminta pada Sang Monyet, "Wahai
Sang Monyet, berikanlah aku sebiji jambu!" Tetapi Sang Monyet enggan
memberikan buah jambu kepada Sang Kancil. "Kalau engkau mahu makan, engkau
panjatlah sendiri," Sang Monyet berkata dengan sombong. Sang Kancil
mendapat suatu akal. Sang Kancil membaling monyet itu dengan sebatang kayu
kecil. Apalagi! Marahlah Sang Monyet. Sang Monyet memetik beberapa biji jambu.
Sang Monyet segera membaling jambu itu ke arah Sang Kancil. Namun, Sang Kancil
pandai mengelak. "Ha! Ha! Ha!" Sang Kancil ketawa. Sang Kancil sangat
gembira. "Engkau kena tipu," kata Sang Kancil kepada Sang Monyet.
Sang Monyet terdiam apabila mendengar Sang Kancil berkata begitu."Sekarang
aku dapat makan buah jambu," ujar Sang Kancil. Sang Kancil segera makan
buah jambu itu. "Pandai sungguh Sang Kancil memperdayakan aku," kata
Sang Monyet di dalam hatinya. Sang Monyet berasa malu.
Isnin, 18 Januari 2016
5 PERKARA PERLU BUAT SEBELUM 8 PAGI SETIAP HARI
5 PERKARA PERLU BUAT SEBELUM 8 PAGI SETIAP HARI
1. SOLAT
Dengan bersolat kita dapat berinteraksi dengan Allah, menggandakan pahala dan menghapuskan dosa dan membentuk kemantapan rohani dalam diri.2.MEMBACA ATAU BERZIKIR
Dengan berzikir kita mendapat keredaan ALLAH dan memperolehi ketenangan pada hati serta dapat merasa kelazatan iman.
3.MENULIS DAN REVIEW GOAL (MATLAMAT HIDUP)
Matlamat hidup perlu ditulis setiap hari bukan setahun sekali supaya kita berpegang kepada matlamat tanpa lupakannya.Dan Review balik setiap hari matlamat yang hendak dicapai.
4.MENYEBUT PERKATAAN-PERKATAAN POSITIF KEPADA DIRI SENDIRI
Kita perlu menyebut perkataan-perkataan positif kepada diri kita sendiri sama ada berhadapan dengan cermin atau duduk diatas sejadah..that's mean lepas solat la. contoh perkataan-perkataan positif ialah saya seorang yang berdisiplin, saya seorang peramah, saya seorang ibu yang terbaik, saya seorang isteri yang tebaik, saya seorang ahli perniagaan yang berjaya dan sebagainya.
dan yang terakhir...
5.SENAMAN
Senaman memberi pelbagai kelebihan untuk kesihatan badan kita. Kita disarankan melakukan 30 minit exercise setiap hari .
