Selasa, 31 Januari 2017
Roti Jejari bersalut Coklat
Assalamualikum semua..apa khabar disana? hari ini saya ingin berkongsi resepi kegemaran anak-anak saya iaitu Jejari Roti bersalut coklat.
Resepi yang mengunakan 4 jenis bahan dan sangat mudah disediakan..cubalah..sedap.. psti tidak menyesal ..anak-anak pasti suka..
Ini resepinya..
Bahan-bahan yang diperlukan:-
Roti patta/roti gardenia pun boleh
nestum
coklat masakan
planta
cara membuat:-
1. potong roti berbentuk jejari atau memanjang.
2. sapukan planta pada loyang dan susun roti yang telah siap dipotong diatas loyang.
3. bakar roti selama 5 minit dalam suhu 180'c (dipanas terlebih dahulu)
4. cairkan coklat masakan bersama sedikit planta supaya nampak berkilat secara double boiling.
5. celupkan roti yang telah dibakar kedalam coklat cair satu persatu ..
6. sadur dengan nestum..
dah siap...