Jumaat, 20 Oktober 2017

PROJEK D.I.Y

Assalamualaikum...Hari ini kita cuba buat 1 lagi projek d.i.y yang membuatkan kita unik..ye lah sebab benda yang ada dekat kita tak sama dengan orang lain..unik kan namanya..


Barang-barang yang di perlukan:-


Gam (all purpose)-boleh didapati di Mr D.I.Y
Stiker berbentuk ros-juga boleh didapati di Mr D.I.Y
Klip kertas saiz besar..

Cara membuatnya hanya perlu lekat stiker bentuk bunga dengan mengunakan gam dan biarkan kering selama 30 minit dihujung Klip kertas .


Hah..Ini hasilnya..comel tak?  Buat kita unik..

Cuba..jangan tak cuba..


PROJEK D.I.Y

TAJUK: TUMBUH-TUMBUHAN ( SESUAI UNTUK PRASEKOLAH)



Barang-barang yang diperlukan:-

Pensil- buat lakaran dulu
Pembaris- untuk buat kotak
Pemadam- kut-kut banyak salah lukisan nanti
Kad Manila -2
Gam (all Purpose)-beli kat Mr D.I.Y
Gel pen/ marker pen berwarna warni
Velcro tape- beli dekat kedai 2 ringgit
Velcro tape













Mari kita mulakan .. Mula-mula lakar gambar pokok .ikut kreativiti masing-masing..kemudian garis bahagian-bahagian tumbuhan dan melukis kotak seperti dalam gambar..lekat tape velco yang dipotong sederhana kecil dengan gam.Biarkan gam kering selama lebih kurang 30 minit.

ambil satu lagi kad manila dan tulis nama bahagian-bahagian tumbuhan..saya buat dalam 2 versi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Saiz kotak yang dilukis dan saiz nama bahagian tumbuhan perlu sama.
 

 

Setelah siap ..boleh mulakan sessi pembelajaran..


Harap Projek D.I.Y ini dapat sedikit sebanyak membantu dalam pembelajaran anak -anak ..


Copyright to FABULOUS DESIGNER COLLECTION
Designed by 2015