Khamis, 17 September 2015

Tanggungjawab Wanita Berkerjaya

SECARA tradisinya, seseorang wanita yang telah berumah tangga akan bertanggung jawab untuk mengurus dan mentadbir rumah tangganya. Umum memaklumi bahawa tanggung jawab wanita sebagai seorang isteri atau ibu adalah memastikan keluarganya dapat diuruskan dengan baik. Rezeki yang diberikan oleh suami dapat diagih-agihkan kepada setiap ahli keluarga dengan adil dan menjadikan setiap ahli keluarga merasa selesa. Memikul peranan sebagai seorang ibu juga termasuklah memelihara anak-anak dengan memberikan didikan yang sempurna. Kedudukan wanita yang telah berumah tangga dan pelaksanaan tanggung jawab ini selaras dengan maksud sebuah hadis Nabi yang berbunyi;
"Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya" dinyatakan juga padanya: Wanita adalah pemimpin di rumah suaminya dan dia akan ditanya tentang apa yang dipimpinnya."
Kedudukan seseorang wanita yang telah berumah tangga juga terikat dengan ketentuan Islam yang menjadikan lelaki sebagai ketua rumah tangga sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud;
"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya" (Al-Nisa': 34)

Apabila kita menggabungkan kedua konsep ini, mengenai kedudukan wanita dan lelaki dalam rumah tangga masing-masing menunjukkan bahawa pengurusan dan pelaksanaan pentadbiran yang dilakukan oleh si isteri mestilah seiring dengan dasar yang telah ditentukan oleh si suami sebagai ketua rumah tangga. Selain itu juga berdasarkan apa yang dapat difahami dalam kedua-dua dalil ini menunjukkan bahawa isteri mesti taat kepada perintah suami dalam bentuk menjaga nama baik keluarga, menjaga amanah dari suami seperti hartanya, memastikan keputusan yang dibuat olehnya hanyalah dalam lingkungan keizinan suami dan keluar rumah dalam keizinan pihak suami termasuklah bagi tujuan untuk keluar bekerja.
Namun demikian, jika kita perhatikan dari aspek kedudukan wanita Islam sebagai pengurus rumah tangga dengan realiti yang ada, apa yang berlaku pada hari ini kelihatan tidak seiringan dengan konsep yang dinyatakan dalam maksud hadis di atas. Semakin ramai wanita yang berkahwin tidak menjadi suri rumah sepenuh masa. Rata-rata di kalangan wanita yang berpendidikan tinggi pula mempunyai kerjaya yang setanding dengan pendidikan yang ada. Pada diri wanita-wanita ini terdapat berbagai-bagai alasan mengapa mereka perlu ke luar dari rumah untuk bekerja dan berkerjaya.
Alasan atau faktor pertama yang menyebabkan wanita ini bekerja ialah pendidikan yang mereka miliki. Apabila ibu bapa mereka telah memberikan pendidikan secara formal sejak mereka kecil, tentulah apabila dewasa mereka mahu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki. Bekerja adalah pendekatan yang secara lumrah digunakan bagi membolehkan mereka mengimplementasi pengetahuan dan kemahiran tersebut dan pada masa yang sama mereka memperoleh ganjarannya. Mempunyai pendapatan sendiri merupakan suatu kejayaan yang besar nilainya, dan tentulah mereka ingin berkongsi kejayaan tersebut dengan orang yang sebelum itu memberi dorongan yang tidak berbelah bahagi, iaitu ibu bapa.
Apabila kita menyebut soal ganjaran, antara ganjaran yang dapat dimiliki oleh wanita yang bekerja dan bekerjaya ialah, sesebuah kerjaya berupaya menjadikan seseorang wanita memperbaiki dirinya sebagai seorang individu. Kerjaya dapat memberikan pengalaman kepadanya, kematangan dalam memberi persepsi mengenai kehidupan, keyakinan dan sebagainya. Malah, kerjaya yang dimilikinya dapat menjadikannya sebagai seorang ibu yang boleh mendidik anak-anaknya dengan cara yang lebih berkesan dan praktikal. Keadaan ini sudah pastinya memberikan nilai yang jauh lebih baik sekalipun dia terpaksa mengorbankan sebahagian daripada masanya untuk berada di rumah. Dan kita boleh menganggap bahawa ini adalah faktor kedua yang menyebabkan sebahagian daripada wanita memilih untuk keluar bekerja.
Sebab lain yang mendorong wanita untuk keluar dari rumah untuk bekerja adalah tekanan keperluan kehidupan. Adalah suatu perkara yang lumrah pada hari ini untuk mengatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, wanita secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.
Apabila wanita-wanita ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja. Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum bapa tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum ibu. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri wanita berkenaan.
Bagi mengatasi dilema ini atau cabaran wanita perlulah mengambil beberapa tindakan supaya tanggungjawab mereka sebagai ibu dan isteri tidak terjejas.Antaranya:-
1. Mempunyai jadual harian.











2. Mempunyai menu masakan mingguan













3. Mempunyai jadual membersihkan rumah





















4. Membuat jadual untuk anak-anak untuk belajar  dan aktiviti-aktiviti lain



Rabu, 16 September 2015

TIPS UNTUK MENARIK MINAT ANAK MEMBACA


Apa nak buat bila anak tak minat membaca? Masalah ini memang selalu dihadapi oleh ibubapa. Puas disuruh secara lembut, dipaksa secara kasar pun tak jalan juga.

Pertama sekali, mari kita kaji dan teliti diri kita samada kita sendiri minat membaca atau tidak. Sekiranya kita tidak minat membaca, maka mulai hari ini, ubah sikap kita dari tidak suka membaca kepada suka membaca. Biar anak-anak tengok ayah dan ibu membaca – pendidikan melalui contoh dan teladan. Kadang-kadang anak-anak(lebih2 lagi anak yang telah remaja) reluctant bila ayah atau ibu selalu menyuruh mereka membaca dan lagi-lagi mereka tak suka bila ibu berleter.. sedangkan mereka sendiri tidak nampak ibu atau ayah membaca. Tunjukkan yang kita betul-betul berminat membaca di hadapan anak-anak bukan berpura-pura minat sebab anak-anak secara psikologinya boleh rasa ibubapa berpura-pura.

Jadikan membaca bersama-sama keluarga sebagai rutin harian. Cari masa yang sesuai, di mana semua ahli keluarga duduk dan membaca bersama-sama. Ketika ini hindari perkara-perkara lain yang boleh menarik perhatian anak seperti tutup tv, tutup computer, simpan semua barang mainan dan lain-lain. Bagi anak-anak yang boleh membaca sendiri, sediakan buku yang sesuai dengan tahap umurnya. Bagi anak-anak yang belum boleh membaca, ibu atau ayah yang membaca untuk mereka. Selepas selesai membaca, bincangkan dengan anak-anak tentang buku yang mereka baca. Dari perbincangan ini, kita boleh mengesan samada mereka betul-betul membaca dan memahami apa yang telah dibaca.

Pemilihan buku juga penting. Pilih buku yang sesuai mengikut tahap umur anak-anak. Anak-anak yang masih kecil biasanya lebih gemar buku yang bergambar dan berwarna- warni. Bagi anak-anak yang sudah bersekolah.. pilih buku mengikut minat mereka. Contohnya kalau anak minat kereta, maka berikan mereka buku-buku mengenai kereta. Kalau anak minat sains, maka berikan buku-buku mengenai sains dan sebagainya.

Selalu bawa anak ke kedai buku. Bantu mereka memilih buku yang sesuai dengan tahap umur mereka. Anak-anak biasanya akan lebih seronok sekiranya ibubapa memberi kelonggaran terhadap pemilihan buku, menggunakan duit mereka sendiri dan mereka sendiri yang pergi membayar harga buku di kaunter, seolah-olah buku itu betul-betul milik mereka, menjadikan mereka lebih berminat untuk membaca. Sekiranya ada kelapangan, boleh juga bawa mereka ke perpustakaan awam.


Kalau anak-anak minat computer, bantu mereka melayari internat untuk mencari kelab membaca di kalangan kanak-kanak. Dengan menjadikan mereka ahli kelab tersebut, sekurang-kurangnya mereka boleh bertukar-tukar fikiran di kalangan rakan-rakan sebaya.Walaubagaimanapun, ibubapa harus berwaspada bila anak-anak melayari internet. Apa yang penting sekali ialah penglibatan ibubapa dalam memberi galakan dan rangsangan secara positif dan berterusan. Jangan mudah putus asa bila sekali disuruh, anak tak bergerak dan bersabar kerana pasti anak-anak kita akan membuat berbagai-bagai kerenah apabila diajak membaca, perkara yang paling tak diminati sebelum ini.

Sebenarnya menanam minat membaca ini, perlu dimulakan ketika anak-anak masih kecil, lebih mudah. Mulakan sebaik sahaja anak-anak dilahirkan ke dunia. Dedahkan anak-anak kepada buku sejak awal-awal lagi. Membaca untuk mereka ketika mereka masih kecil bukan sahaja merangsang mereka untuk minat membaca tetapi merangsang perkembangan bahasa. Jika tidak dipupuk minat membaca ini dari kecil, memang agak payah untuk menjadikan mereka peminat buku dan pembaca ketika anak-anak sudah besar. Walau bagaimanapun jangan berputus asa, minat membaca masih boleh dipupuk asalkan kena gayanya. 

Isnin, 14 September 2015

Apa bayi perlukan untuk berkembang maju

Apa bayi perlukan untuk berkembang maju

1. Tunjukkan kasih sayang anda

Kanak-kanak perlukan kasih sayang. Penjagaan dan sokongan anda memberikan anak anda asas yang terselamat yang membolehkan dia boleh menerokai dunia. Ini bukan merupakan nasihat bercorak demonstratif semata-mata. Kasih sayang, perhatian dan kemanjaan semasa tahun-tahun pertama kehidupan boleh mendatangkan impak atas pertumbuhan fizikal, mental dan emosi bayi anda secara langsung dan boleh diukur.

Bagaimana anda menunjukkan kasih sayang? Peluklah dia, sentuh, senyum, beri galakan, dan beri perhatian kepada apa yang dia perkatakan dan mainlah dengan si kecil anda seberapa kerap yang mungkin. Anda tidak akan memanjakannya jika anda terus memberi perhatian apabila dia menangis, terutama sekali di sekitar usia enam bulan pertama. Sebenarnya, pakar-pakar menyatakan bahawa memberi respon kepada bayi anda apabila dia terganggu (dan juga apabila dia gembira) membantu anda membina kepercayaan dan ikatan emosi yang kuat. Satu kajian berpendapat bahawa jika anda memberi respon yang cepat kepada tangisan bayi anda dalam bulan-bulan pertama dia tidak akan menangis sangat apabila dia lebih besar.

2. Menjaga keperluan asas bayi

Bayi anda memerlukan kesihatan dan tenaga untuk belajar dan membesar, dan anda boleh membantu dengan menyediakan keperluan asasnya. Bawa dia ke klinik bayi untuk memeriksa berat badannya secara kerap dan berbincanglah dengan doktor keluarga anda jika anda mempunyai sebarang keraguan. Jangan lupa menyimpan rekod imunisasi atau pemvaksinan dalam keadaan kemaskini.

Tidur
Tidur bukan sesuatu yang membuang masa bagi bayi anda, jadi bantulah dia untuk mendapat tidur yang banyak. Semasa tidur REM (gerak mata cepat) sel-sel otak bayi anda giat membuat hubungan-hubungan penting. Sinaps-sinaps, namanya, ini adalah laluan-laluan yang membolehkan semua pembelajaran, pergerakan dan pemikiran. Ianya adalah kunci kepada pemahaman bayi anda tentang segala yang dia nampakdengar, rasa, sentuh, dan bau semasa dia menerokai dunia.

Pemakanan
Susu ibu atau susu formula akan menyediakan semua nutrien yang diperlukan bayi anda bagi enam bulan pertama, dan akan menjadi bahagian penting dietnya sehingga usia satu tahun. Menyusu badan adalah paling baik untuk bayi - antara faedahnya, kajian telah menunjukkan bahawa bayi yang disusukan oleh ibu mempunyai kadar rendah bagi:
Walaupun susu formula tidak boleh menyamai kesemua ciri-ciri unik susu ibu, bayi yang menerima susu formula juga berkembang maju, jadi janganlah terlalu kesal jika anda tak dapat menyusukan bayi anda.

(Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang pola tidur atau pemakanan bayi anda, bercakaplah dengan doktor keluarga anda atau pakar pediatrik.

Penjagaan harian
Beri perhatian kepada keselesaan fizikal bayi anda dengan pantas. Jika dia terlalu panas atau lampinnya basah, bertindaklah dengan menanggalkan satu lapis bajunya atau menukar lampinnya. Anda dan bayi anda merupakan satu pasukan, dan satu daripada tugas anda ialah bagi menguruskan perkara-perkara asas supaya dia boleh meneruskan tugas-tugasnya yang mencabar!

3. Bercakap dengan bayi anda

Cara paling baik untuk merangsang otak bayi anda ialah dengan berbual dengannya. Anda boleh mulakan ini semasa kehamilan anda - ianya cara yang baik bagi memulakan proses pengikatan. Bercakap dengan kanak-kanak akan membuatkan mereka komunikator yang baik, dan ini akan membantu mereka belajar dengan baik di sekolah dan mempunyai hidup yang bahagia dan memuaskan.

Sebaik saja anak anda dilahirkan, bercakaplah dengan dia semasa anda menukar lampinnya, memberi dia makan dan menukarkan bajunya. Dia akan memberi reaksi jika dia tahu yang kata-kata anda itu ditujukan kepadanya, jadi lihatlah mukanya semasa anda bercakap.

Jangan bimbang jika apa yang diperkatakan itu bukan sesuatu yang bernas. Memadailah bagi anda menceritakan apa yang anda sedang lakukan dan apa bayi anda sedang lakukan. Sebagai contoh, "Mak sedang menuangkan air suam ke dalam besen mandi supaya kamu menjadi cantik dan bersih." Jangan cuba mengelakkan daripada mengguna tutur bayi semasa bayi anda masih muda. "Pertuturan bayi", nama baginya, digunakan di seluruh dunia. Kajian menunjukkan bahawa bayi muda sebenarnya lebih suka percakapan ini yang bernada tinggi dan perlahan digunakan oleh ibubapa apabila berkomunikasi dengan bayi mereka.

4. Membaca kepada bayi anda

Membaca secara kuat adalah antara perkara penting yang anda boleh lakukan untuk membina himpunan perkataan yang dimilikinya, merangsang imaginasi dan meningkatkan kemahiran bahasanya. Ia juga memberi kesempatan bagi anda memeluknya dan berinteraksi sosial. Cerita sebelum tidur adalah cara baik bagi memulakan rutin waktu tidur bagi bayi anda, dan sememangnya kanak-kanak sudah dapat menikmati cerita mudah dari buku diperbuat kertas keras seawal usia enam bulan.

5. Meransang derianya

Untuk bayi anda belajar tentang manusia, tempat-tempat dan perkara-perkara tertentu, dia perlu didedahkan kepadanya. Setiap interaksi baru memberi dia informasi tentang dunia ini dan tempatnya di dalamnya.

Kanak-kanak boleh menjadi terlalu terangsang; jangan pula anda membedil bayi anda 24 jam sehari atau cuba merangsang kesemua derianya pada satu-satu masa. Walau bagaimanapun, apabila dia berminat untuk bermain, sediakan beberapa mainan dan objek-objek lain. Pilihlah benda-benda yang mempunyai bentuk, tekstur, warna, bunyi dan berat yang berlainan. Belajarlah tentang kesan muzik atas perkembangan anak anda pada usia-usia tertentu, dan nyanyikan lirik dodoi-dodoi yang digemari. Main mainan interaktif seperti ba cak dan mainan tepuk tangan pat-a-cake, pergi berjalan-jalan dan membeli-belah bersama-sama, dan beri peluang untuk bayi anda menemui orang-orang baru. Aktiviti-aktiviti harian yang paling mudahpun akan merangsang perkembangan otak bayi anda. (Jika anda mahu mencari idea-idea mainan yang mudah untuk bermain di rumah dengan bayi, pergilah ke bahagian Mari bermain!) kami.

6. Berilah anak anda ruang untuk merayau.

Untuk membina otot-otot kuat, imbangan dan koordinasi yang baik, dia memerlukan banyak rang untuk merangkak, menjelajah, dan akhirnya berjalan. Dia juga akan mendapat faedah jika disediakan tempat-tempat selamat di mana dia boleh meneroka persekitarannya dengan tidak ditegur "Jangan" atau "Jangan sentuh". Cara paling senang untuk melakukan ini ialah dengan membuatkan rumah anda selamat untuk bayi seberapa yang boleh. Jauhilah objek bahaya daripada capaian bayi anda dan pastikan yang selamat itu boleh dicapai olehnya. Contohnya, dalam dapur, pasangkan kunci selamat bayi pada semua kabinet kecuali satu. Penuhkan yang itu dengan mangkuk-mangkuk plastik, cawan sukat, sudu kayu dan periuk belanga yang bayi anda boleh bermain dengan selamat.

7. Dedahkan kepada cabaran-cabaran baru

Elakkan daripada mengecewakan anak anda dengan mainan dan aktiviti yang terlalu sukar bagi dia memahami. Walau bagaimanapun, sedikit cabaran adalah baik untuk kemajuan diri. Apabila sesuatu aktiviti itu tidak difahami oleh bayi dengan senang, dia akan terpaksa mencari jalan baru untuk menyelesaikannya. Menyelesaikan masalah cara ini adalah caranya untuk meningkatkan kepintaran otak. Jika dia cuba membuka kotak, misalnya, bersabarlah dan jangan cuba menolong dia. Biar dia mencubanya dahulu. Jika dia masih bergelut-gelut, tunjukkan dia bagaimana ia dilakukan, kemudian, berikan kembali kotak tertutup kepadanya supaya dia boleh mencuba dengan sendiri.

8. Jagalah diri anda

Jika anda terasa murung atau terganggu, anda akan mendapati sukar untuk bertindak secara pantas dan sensitif terhadap keperluan bayi anda. Kemurungan akan memberi kesan terhadap kebolehan anda untuk berinteraksi dengan bayi anda dan boleh mendatangkan kesan jangka panjang atas perlakuan dan pembelajaran bayi anda, mengikut beberapa kajian. Jika anda bergelut dengan kemurungan posnatum, dapatkan pertolongan. Beritahu doktor anda bila-bila masa anda merasakan yang anda mungkin mengalami kemurungan.

Jika anda merasa tersangat letih, carilah jalan untuk membahagikan tanggungjawab rumahtangga dan keibubapaan dengan suami anda. Jika anda ibu tunggal, kelilingilah diri anda dengan orang-orang yang boleh memberi bantuan dan sokongan. Dan jangan lupa untuk melayan diri anda secara istimewa sekali sekal. Menjadi ibubapa - terutama sekali ibubapa yang betul-betul terlibat dan aktif - amat meletihkan, dan anda perlukan masa untuk mendapatkan kembali tenaga anda.

9. Carilah pengasuh bayi yang baik

Jika anda bekerja dan tidak dapat menjaga bayi anda semasa siang hari atau perlukan pengasuh secara kerap, pengasuhan bayi yang berkualiti tinggi adalah penting untuk perkembangan bayi yang sihat. Anda mahukan seorang yang boleh melakukan kesemua yang disebut di atas apabila anda tiada bersama bayi anda.
Samada orang yang menjaga anak anda itu seorang pengasuh bayi, saudara atau pengasuh di taman asuhan, dia mestilah berpengalaman, penyayang, mempunyai reputasi yang baik, dan betul-betul sukakan kanak-kanak dan mempunyai cukup tenaga untuk membantu anak anda berkembang maju.

Copyright to FABULOUS DESIGNER COLLECTION
Designed by 2015