Isnin, 30 November 2015

Tips Kesihatan Buat Wanita 30-an

Tips Kesihatan Buat Wanita 30-an
Sedetik menjangkau umur 30-an, anda sebenarnya disarankan untuk lebih kerap dan teliti dalam menjalankan pemeriksaan kesihatan agar kesihatan tubuh badan kita boleh dijaga dan diberi perhatian dengan sepenuhnya. Ini kerana setelah menjangkau umur 30-an, tubuh badan kita akan mula menimbulkan kesan negatif jika tidak dijaga dengan baik melalui pemakanan dan aktiviti yang dilakukan.Ketahui tentang realiti tentang kesihatan yang anda perlu fokuskan menjangkau umur 30-an.

1.    Lakukan pemeriksaan kesihatan
Inilah masanya untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap. Lakukan ujian pap-smear, tekanan darah dan ujian darah untuk mengenal pasti tahap kolesterol dalam darah. Ini kerana dalam melakukan ujian dan pemeriksaan kesihatan dengan lebih kerap dapat menjaga kesihatan anda dengan lebih baik. Apatah lagi jika anda mempunyai penyakit keluarga melalui genetik, ia haruslah lebih diberikan penekanan agar ia boleh di jaga dengan lebih awal.
  
2.    Senaman
Tahukah anda bahawa semakin meningkat umur kita, semakin rendah metabolisme dalam badan kita. Ini bermakna risiko untuk anda menjadi obesiti adalah tinggi sekaligus menaikkan risiko anda untuk mendapat penyakit diabetes, penyakit jantung dan arthritis.Lakukan senaman fizikal dengan lebih kerap sekurang-kurangnya sekali seminggu.
  
3.    Amalkan makan sihat
Apabila metabolisme anda berkurang ini bermakna bahawa anda tidak lagi digalakkan untuk memakan makanan ringan tanpa perlu berkira bila dan sekerap mana kerana ia akan memberi impak kepada badan anda menjadi obesiti. Banyakkan memakan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan segar dan sumber protein yang sepatutnya. Kulit anda juga akan lebih cantik dan sihat dengan pengambilan makanan yang sihat.
  
4.    Ambil kalsium
Adakah anda mengambil kalsium yang cukup? Anda tidak akan lihat kebaikan mengambil kalsium sebelum menjangkau umur 30-an. Setelah umur anda menjangkau 30-an, risiko untuk tulang menjadi kurang berdaya tahan apabila sedikit demi sedikit kalsium hilang dari dalam tulang. Ia boleh menaikkan risiko untuk mendapat penyakit osteoporosis. Sebaiknya ambil sekurang-kurangnya 100mg kalsium setiap hari seperti mengambil yogurt, keju dan susu yang diperkaya dengan kalsium dan Vitamin D.

5.    Jaga kulit anda 

Pada tahap umur 30-an, kulit akan lebih menimbulkan kedutan, kesan sinaran matahari, dan garis halus. Ini kerana pembikinan kolagen dalam badan berkurang apabila umur kita kian meningkat. Tetapi ia tidak terlambat untuk menjaga dan memulihkan kulit anda. Elak kesan buruk cahaya matahari dengan menggunakan pelembap dengan SPF 30 atau ke atas. Gunakan pencuci muka dua kali setiap hari dan pastikan anda mencuci mekap anda setiap hari sebelum tidur.

Isnin, 16 November 2015

Beberapa tips urus rumah tangga untuk wanita bekerja tanpa pembantu rumah


Kalau awal berkahwin dulu, senang sahaja kita. Hanya ada suami yang perlu diuruskan. Apabila anak semakin bertambah, banyak benda yang kita perlu urus dan atur. Tambah tambah lagi wanita berkerjaya.Balik kerja dah penatkan. Nak kena memasak lah, mengemas rumah lah dan kena basuh baju lagi. Perlu ke pembantu rumah? Jawapan nya.... TIDAK PERLU... sebab
beberapa tips ini boleh dikongsikan bersama

1. Membasuh , menyidai pakaian dan melipat kain selepas kering pada hari yang sama 
Basuh dan sidailah pakaian setiap hari. Jangan tunggu sampai sebakul penuh atau longgokan dah tinggi. Kalau boleh sediakan satu kawasan untuk menyidai pakaian di dalam rumah. Jadi faktor cuaca tidak akan mempengaruhi kerja kita. Terus sahaja melipat pakaian yang kering tu. Jangan tunggu dan berlengah. Biarlah kita melipat pakaian sedikit setiap hari daripada melipat pakaian yang banyak sekali sahaja. Nak mudah lagi, sidai pakaian dengan penyangkut dan terus sangkut di dalam almari setelah kering.Jadi tak banyak yang kita perlu lipat. :)

2. Menggosok pakaian untuk seminggu
Menggosok pakaian adalah satu lagi perkara yang penting. Perlukan masa, tenaga dan tumpuan. Gee peruntukkan 1 jam setiap ahad untuk menggosok pakaian semua ahli keluarga  stok untuk seminggu. . Mudah dan menjimat masa 

3.Buat jadual kemas rumah
Jadual mingguan ini dibuat untuk kerja-kerja tambahan selain kerja-kerja harian asas seperti memasak,mengemas tempat tidur, sapu rumah dan sebagainya.Contoh kerja-kerja tambahan adalah bersih peti sejuk,cuci tandas dan sebagainya.Apa yang Gee pratiskan adalah isnin-hari bilik tidur selasa hari kitchen dan sebagainya..Gee tetapkan masa 30 minat kerja-kerja tambahan ini setiap hari. 

4. Menyediakan bahan memasak untuk stok seminggu
Sediakan siap siap bahan untuk memasak selama seminggu dan simpan dalam peti sejuk. Kita boleh sediakan cabai dan bawang yang siap dikisar dan simpan dalam peti sejuk. Potong sayur dan simpan juga di dalam peti sejuk. Lagi satu, siang ikan, ayam dan simpan dalam bekas kecil untuk disejukkan. Jika kita nak sediakan stok untuk 5 hari, simpanlah dalam 5 bekas. Senang kita nak nyahbekukan nanti.

5. Memasak dengan bahan yang siap tersedia.
Apabila sesi memasak bermula, ambil satu bekas kecil ayam atau ikan dan dinyahbekukan. Sementara menunggu ia dinyahbekukan, kita masak dulu sayuran yang siap dipotong. Ia lebih mudah dan menjimatkan masa. Kalau lambat menunggu ayam /ikan dinyahbekukan, masukkan sahaja ke dalam microwave oven. 

6. Mencuci pinggan mangkuk semasa memasak
Semasa kita memasak tu, kita cuci  pinggan mangkuk yang kita gunakan semasa memasak tu. Jangan dilonggokkan sahaja di dalam singki dan tunggu habis masak baru kita nak cuci. Sambil tunggu bahan ditumis atau direneh, kita boleh cuci pinggan tu semua. Lepas makan nanti, kita hanya perlu mencuci pinggan mangkuk yang digunakan semasa makan sahaja. Jimat masa lagi.

7. Menyimpan semula barang di tempatnya
Gee latih anak-anak dan suami simpan semula barang-barang yang digunakan ke tempat asalnya. Contohnya, mainan perlu dikemas semula selepas main. Gelas perlu diletakkan di dalam singki selepas digunakan. Bekas makanan seperti tin biskut disimpan semula. Jangan tinggalkan dimerata-rata. 

8. Mengemas rumah sebelum tidur
Gee akan pastikan rumah tersusun kemas sebelum Gee tidur malam  tu. Menyapu dan mop apa yang patut. . Gee pastikan semua barang berada di tempatnya dan kemas. Selalunya senang sahaja, sebab ahli rumah ni tahu dah nak simpan barang. Esok pagi rumah dah siap tersusun. Ceria untuk mulakan hari baru

9. Memilih perabot yang senang dibersihkan
Yang ni pun penting jugak. Gee suka memilih perabot yang mesra kanak-kanak. Jadi senang nak bersihkan jika tertumpah air. hehe... Anak kan masih kecil... Lagi satu Gee sukakan perabot yang simple sahaja. Tak perlu banyak sebab susah nak menyapu nanti. 

10. Menyimpan barang di dalam stor
Dan tips yang terakhir, sediakan satu stor untuk penyimpanan barang. Barang yang jarang digunakan disimpan di dalam stor sahaja. Susunlah ikut keperluan kita. Barang yang selalu kita gunakan, diletakkan di tempat yang senang dicapai dan mudah untuk dikemaskan semula.

Mudah kan. . Harap ianya membantu wanita bekerja untuk menguruskan rumah tangga tanpa pembantu rumah....

Bye..

Selasa, 3 November 2015

                                                                     PAKAIAN MUSLIMAH GAYA BOLLYWOOD

Why wait for tomorrow when you can be a diva today?
Semi stitch- boleh dijahit sehingga saiz XXL
Material type :- 
Top-pure geogette
bottom-santoon
duppata-naznin
khas untuk anda yang minat gaya bollywood..kini pakaian pelakon bollywood anda boleh digayakan oleh anda juga..
Harga promosi sempena buka kedai hanya RM250.harga biasa RM290.00.
Bagi mereka yang minat berniaga pakaian muslimah gaya bollywood ini boleh hubungi saya
tel/sms/whatsapp:014-7577174
















PAKAIAN MUSLIMAH GAYA BOLLYWOOD
Why wait for tomorrow when you can be a diva today?
Semi stitch- boleh dijahit sehingga saiz XXL
Material type :-
Top-geogette
bottom-santoon
duppata-chiffon
Terdapat dalam 10 variasi warna yang menarik..bagi muslimah duppata boleh dijadikan selendang..khas untuk anda yang minat gaya bollywood..kini pakaian pelakon bollywood kegemaran anda boleh digayakan oleh anda juga..
Harga promosi sempena buka kedai hanya RM200.harga biasa RM230.00.
Bagi mereka yang minat berniaga pakaian muslimah gaya bollywood ini boleh hubungi saya
tel/sms/whatsapp:014-7577174














Copyright to FABULOUS DESIGNER COLLECTION
Designed by 2015